Thursday 26 January 2012

Bicara Seorang Sahabat

Mata... Pernahkah kau melemparkan pandangan sinis Hingga membuatkan hati sahabatku terluka? Lidah... Adakah kau tersalah bicara Hingga membuatkan hati sahabatku terluka? Hati... Betulkah kau berburuk sangka Hingga membuatkan hati sahabatku kecewa? Tahukah kamu Bahawa di antara ramai sahabatku Kamu yang paling istimewa? Tidak pernah terlintas dimindaku untuk Menyakitimu Apatah lagi melukakanmu Lantas Mengapa kini kau mula berubah sikap Tidak bertegur sapa - sapa denganku Tidak mahu berbicara denganku Tidak mempedulikan aku Mengapa wahai sahabat? Tahukah hatiku merana dengan perbuatan kamu? Hiba dengan sikapmu? Janganlah kamu berdiam diri tanda mempotesku Terangkan tentang salahku Moga aku tahu tentang silapku Sahabat Andai kamu masih dengan sikapmu itu Aku redha Mungkin salahku besar buatmu Namun ketahuilah Aku mohon Agar pintu hati mu terbuka untuk memaafkanku Dan kembali bergelak tawa denganku seperti masa dulu.

Sajak Buat Sahabat Seperjuangan

Ingatlah sahabat… Bunga itu menguntum indah, Menyeri dan mekar memerah, Dipuji dengan berbagai-bagai madah, Esoknya bunga itu gugur ke tanah, Serpih demi serpih ia punah, Tanpa daun dan kelopaknya musnah. Sahabatku… Engkau bukan layu seperti bunga, Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya, Lambang bunga lambang sementara cuma, Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya, Daerah kita bukan daerah cinta, Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara, Tiada senda gurau memanjang yang meleka, Kerana kita dalam memperjuangkan agama. Sahabatku.. Disini uda dan dara telah berkubur, Kita bina atasnya jihad yang subur. Ingatlah sahabat… Bumi kita bumi yang payah, Penuh peluh, air mata dan mungkin darah, Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah, Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah, Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah. Sahabatku… Semalam telah layu sekuntum bunga, Telah gugur dari jambangannya, Tetapi itu bukan perjuangan kita, Bukanlah itu sebagai lambangnya, Mulut telah kaku untuk bertanya, Hati malu untuk memikirkannya, Tidak seperti dahulunya, Kita kuat berhujah dan bersuara. Ingatlah sahabatku.. Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid, Yang merindukan dan memburu syahid, Maaf kiranya tuturku yang pahit. Senyumlah sahabat.. Senyumlah dan serilah wajah, Walau pudar dan hambar datang tak sudah, Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah, Doaku agar kita berani seperti Hamzah, Malah punyai semangat seperti Sumaiyah. _________________ jadilah sahabat yang baik… Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat. Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Binalah nilai seorg sahabat yg baik..